Salam Sabtu frenzz....hari ni kita semagat nak masak lauk kampung lemak daun turi & keledek...let check out d recepi....
Bahan-Bahan
1 ikat daun turi
1 biji keledik yang warna oren
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar ikan bilis
1/2 ibu jari belacan
2 btg lada merah
1 kotak santan kara
200ml air
sedikit garam
Cara-cara:
1. Blend bawang besar,bawang putih,ikan bilis & blacan
2. Keledek di kupas kulit dibersihkan lalu di rebus sebenar
3.Dalam periuk masuk kan bahan yg telah di blend, masukkan santan dan air
dimasak hingga mendidih sedikit lalu masuk kan keledek yg telah di rebus tadi.
Akhir sekali masukan daun turi,lada merah yang telah dihiris kasar dan sedikit garam
Waallllaaa....siap untuk di hidang
No comments:
Post a Comment