Salam frens...cuaca tak menentu beberapa hari ni kejap hujan n today panas....so panas2 ni makan lauk yang berkuah ni sedap n selera sikit yelah sedang bzbz kemas rumah ni Mai masak sup ikan dgn lada hitam...resepi yang simple sangat2
Bahan2
Ikan Merah Mai guna ard 500gm
1 sudu teh lada hitam
3 biji bawang putih
setengah ibu jari halia
1 ulas bawang merah besar
2 biji kentang
1 btg lobak merah
2 biji buah tomato
sedikit garam
daun sup/bawang
bawang goreng
Cara2nye
Ikan merah di potong Mai potong dlm 4 keping, bawang putih,halia n lada hitam tumbuk halus,lalu di tumis dgn api pelahan, setelah naik bau masukkan air tutup periok biar kan sup mendidih kemudian tapis ambil sup nye sahaja masukan bawang merah yang di belah empat, kentang dan lobak yang telah di buang kulit lalu di belah empat juga, setelah kentang n lobak lembut sedikit masukkan ikan dan tomato buah dan garam akhir sekali masuk kan daun sup/bawang serta bawang goreng sebagai hiasan....
No comments:
Post a Comment