Ptg Isnin ni tiba2 jadi rajin pulak nak buat kek bole anak2 buat breakfast esok pagi...kek pisang ni mampat dan lembut recipi arwah mak, Mai olah sedikit....enjoy....
Bahan2
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonet
1/2 sudu teh baking powder
1 cawan gula halus
2 cawan pisang emas yang diramas
3 biji telur
150gm butter cair
1 sudu teh rempah kek
1/2 sudu teh esen pisang
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara2nya
Panas kan kukusan
Pukul telur & gula hingga kembang
masukkan pisang yang telah diramas kasar
masukkan butter cair esen pisang & esen vanilla
masukkan tepung yang telah diayak besama soda bikarbonet,baking powder
& rempah kek
tuangkan kedalam bekas microwave seperti dlm gambar tutup rapat
dan di kukus selama 1 jam atau hingga masak dan gebu...
Mai guna bekas size 5X10 inc untuk adunan ini.......
No comments:
Post a Comment